LEMAH TENAGA BATIN, LEMAH SYAHWAT dan MATI PUCUK.
Make your own free website on Tripod.com
RAWATAN TRADISIONAL (CARA ISLAM) TOK BAGONG SETIA
your picture here
This is the Tripod logo.
BERITA BAIK UNTUK LELAKI DAN WANITA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


RAWATAN TRADISIONAL (CARA ISLAM)
TOK BAGONG SETIA


(Khas kepada mereka yang LEMAH TENAGA BATIN, LEMAH SYAHWAT dan MATI PUCUK.
Hanya 10 minit kesannya dapat diketahui.)


PINTU PENYELAMAT KE ARAH KEBAHAGIAAN HIDUP
DUNIA DAN AKHIRAT

Temujanji Telepon : (60)012-3705152 @ (60)03-9481794



PENGENALAN
OBJEKTIF
CARA RAWATAN
KEJAYAAN
PENUTUP


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


PENGENALAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Salam hormat kepada saudara dan saudari yang budiman. Terima kasih kerana mengunjungi laman web saya ini. Dan, harapan saya semoga saudara dan saudari meluangkan sedikit masa untuk membaca halaman ini terutamanya bagi mereka yang mengidap penyakit kelamin dan telah berikhtiar ke mana-mana sama ada secara moden atau tradisional. Insya Allah dalam masa 10 minit sahaja kesan dan masalah anda akan dapat diketahui dan realitinya akan dapat anda saksikan sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa :

- Penyakit Lemah Tenaga Batin (lelaki cepat inzal)
- Lemah Syahwat (zakar tidak cukup tegang)
- Mati pucuk (zakar tidak berfungsi langsung)

Adalah merupakan suatu penyakit kronik yang amat ketara sekali dewasa ini. Ekoran daripada itu timbullah pelbagai cara perubatan termasuk ubat-ubatan dalam hendak memulihkannya sama ada secara moden atau tradisional. Ada yang berjaya dipulihkan dan tidak kurang juga sebaliknya.

Mengikut kajian sama ada secara moden atau tradisional dan sebagainya, penyakit ini berpunca daripada pelbagai sebab yang susah hendak diperkatakan dan mungkin saudara dan saudari sendiri yang lebih arif daripada saya terutamanya bagi anda yang terlibat secara langsung dengan ilmu perubatan.

Apapun, bukan masalah tersebut yang hendak saya sampaikan di sini, tetapi jalan penyelesaian dan pemulihan kepada masalah tersebut yang hendak diutarakan kepada anda yang memerlukan rawatan.

Jikalau anda telah berikhtiar ke mana-mana sama ada secara moden atau tradisional tetapi masih belum berjaya, saya berharap anda tidak berputus asa dan kecewa. Apatah lagi tenaga kelakian itu tidak harus kita pisahkan daripada realiti kehidupan sebenar kita terutamanya semasa kita melakukan persetubuhan dengan orang tersayang (isteri).

Oleh itu, saya berharap saudara dan saudari mengambil tindakan susulan untuk menghubungi saya setelah melawati laman web saya yang ringkas dan padat ini. Dan, Insya Allah apa yang dideritai oleh anda sebelum ini akan dapat diselesaikan. Dan itulah harapan anda dan saya setelah anda menerima rawatan daripada saya kerana sejak daripada pengalaman saya memulakan rawatan pada tahun 1991 hingga sekarang telah beribu orang berjaya dirawat dengan izin Allah s.w.t.




TUJUAN/OBJEKTIF

Secara logiknya alat kelamin lelaki yang digunakan secara berterusan, tetapi kurang dijaga (dirawat) secukupnya akan kehilangan daya tahannya. Dan inilah penyebab utama yang menyebabkan seseorang itu akan mengalami penyakit LEMAH TENAGA BATIN, LEMAH SYAHWAT dan MATI PUCUK.

Justeru itu ianya tidak harus kita biarkan daripada terus dideritai. Tambahan pula kehendak diri kita dan keinginan isteri harus kita laksanakan sesempurnanya. Paling penting; Jangan biarkan ranjang anda terus dibelenggu sepi. Jangan pula biarkan masalah seks ini menjadi punca keruntuhan rumahtangga yang diasaskan dari perasaan kasih sayang. Oleh sebab itulah maka saya kembalikan hal ini bagi tindakan saudara selanjutnya demi keharmonian dan kebahagiaan hidup bersama.

CARA RAWATAN

Rawatan yang saya praktikkan dalam menyelesaikan masalah penyakit kelamin yang dimaksudkan ialah terbahagi kepada empat peringkat. Tiga peringkat pada hari pertama rawatan dan satu peringkat pada hari kedua rawatan.

Peringkat I - Mengenalpasti punca penyakit

10 hingga 15 minit pertama saya akan mengenalpasti serta mengeluarkan alat kelamin saudara kepada saiz asalnya; yang kebanyakannya satu ke dua inci akan dapat dikeluarkan mengikut saiz asal urat zakar saudara - kerana kebanyakannya 90% daripada mereka yang mengalami masalah penyakit tersebut mengecut dan masuk ke bawah pangkal zakar.

Peringkat II - Menormalkan zakar

Setelah zakar diperbetulkan kepada saiznya yang asal, saya akan menggunakan teknik mandi wap dengan menggunakan pelbagai herba serta rempah ratus terpilih. Kaedah ini sangat mujarab bagi mengaktifkan kembali darah, lemak, lendir yang beku dan urat yang mendap. Ianya akan mengambil masa sekitar 20 - 30 minit.

Peringkat III - Membalut ubat

Setelah saudara menjalani mandi wap selama 20 -30 minit, saya akan membalut ubat khususnya daripada herba-herba terpilih pada alat kelamin saudara untuk lebih mengaktifkan dan menormalkan kembali ke bentuk semulajadinya. Insya Allah. Malah mungkin ianya akan lebih baik lagi daripada itu dengan izin Allah s.w.t. Lama balutan adalah sebaik-baiknya selama 10 - 12 jam.



Peringkat IV - Membuka balutan

Pada hari kedua atau peringkat ke empat dan terakhir, saya akan membuka sendiri balutan pad alat kelamin saudara bagi memeriksa kembali sama ada alat kelamin saudara sudah benar-benar normal atau sebaliknya. Dan, seterusnya penerangan tentang amalan yang sepatututnya saudara amalkan untuk penjagaan sendiri. Semoga ianya terus sempurna sihat dan kekal abadi selagi hayat di kandung badan. Insya Allah.


KEJAYAAN

Antara kejayaan-kejayaan yang telah saya dan kawan-kawan kita nikmati dalam menyelesaikan masalah ini amat ramai sekali. Telah beribu orang daripada pelbagai lapisan masyarakat telah berjaya di rawat. Oleh itu, janganlah saudara bertangguh lagi untuk menyelesaikan apa yang sedang saudara alami dan deritai selama ini. Dan, jika itulah penyakitnya maka segeralah saudara mencari penawarnya, kerana tiap-tiap penyakit itu Allah yang menurunkannya. Begitu juga dengan ilmu dan penawar dalam kita menyelesaikannya. USAHA, YAKIN, IKHLAS, SABAR dan TAWAKKAL kepada-Nya sahajalah sebaik-baiknya jalan penyelesaian. Insya Allah, MUJARAB dan SEMBUH.


PENUTUP

Kepada saudara dan saudari (isteri yang mengetahui masalah suami tetapi suami malu berterus-terang) yang berminat untuk mengetahui selanjutnya bolehlah saudara dan saudari berhubung terus dengan saya untuk pengetahuan seterusnya melalui telefon, e-mail dan alamat yang terdapat di muka hadapan laman web ini.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari, rawatan ini terbuka kepada semua bangsa dan lapisan masyarakat. Kaedah rawatannya adalah cara Islam (ayat-ayat suci Al-Quran) dan tradisional Melayu serta Arab. Walau bagaimanapun, anda digalakkan membuat temujanji dahulu untuk memudahkan pihak kami menguruskan masa rawatan kerana ramai yang hendak dirawat.


Sekian.
Terima Kasih dan Wassalam. Amin.


"KE ARAH MENGENAL DIRI DAN ALLAH"

[an error occurred while processing this directive]
powered by lycos
SEARCH: Tripod The Web